Saturday, March 2, 2019

TRIP TO HAT YAI, THAILAND


Trip to HATYAI

Hai ! assalamualaikum.. this is my first entry after a lonngggg time ago. Hee๐Ÿ˜

So, this is my itinerary trip from kuala lumpur to hatyai. Sebenarnya dah banyak itinerary hatyai. Tapi, nak cerita jugak sebab one of the best experience! ๐Ÿ’•

Basically, trip ni 3 hari 2 malam, sangatsangat sesuai untuk pergi dengan family.. Light and easy.. tak rushing tak kejar-kejar. lagipun nama pun bercuti kan? ๐Ÿ™†hee

Perkara yang penting :
·       Waktu Malaysia-Thailand
·       Passport
·       Duit Baht
·       Transport
·       Masa transport for those yang naik train or flight.
Sooo, kita start dengan TRANSPORTATION. Ada 3 cara nak ke hatyai. 

First, flight. Second, kereta. Third is ETS & kereta api thailand.

First, AIRPLANE 
Paling senang dan cepat sampai. 
Apa yang diperlukan?
✔️   Passport

Second, KERETA ๐Ÿš—
Akan ada beberapa check point, n kastam akan check. Tapiiii, senang untuk korang ke mana2 kat sana. Takperlu tunggu grab, takperlu tawar menawar dengan tuktuk dan senang nak shopping ๐Ÿ™ˆ Senanglah ceritanya. Tapi, make sure isi minyak penuh2 kat Malaysia. Sebab kat sana mahal sikit (orang cakaplah). So, family saya naik kereta dari pulau pinang – bukit kayu hitam hat yai.

Apa diperlukan?
✔️     Passport
✔️    Geran kereta
✔️   Lesen kereta untuk driver

Third, ETS & KERETA API ๐Ÿš‚
Macam saya n suami, kiteorang pilih untuk naik ETS ( KL sentral - padang besar) kereta api (padang besar - Hatyai.
Apa yang diperlukan?
✔️   Passport
✔️  Beli tiket ETS (kena beli awal)
✔️   Beli tiket train padang besar – hat yai. ( beli on the spot)

๐Ÿš‡{ ETS } TBS – Padang Besar RM 76  ( perjalanan 5 jam lebih )
๐Ÿš‚{TRAIN} Padang Besar – Hatyai RM 7 ( 50 Baht ) ( perjalanan 40 minit )

Kalau korang dah kat kedah or kat mana2 bahagian utara, lagi murah n lagi jimat. Naik je ETS ke padang besar. sampai padang besar. akan ada orang datang offer untuk naik van vip hantar terus ke hotel. Tapi macam kiteorang memang nak naik train klasik gituu. Lols.

boleh jenguk2 dari dalam n luar
klasik ke idok? HAHA
merenung ke luar jendela๐ŸŽค


Train Padang Besar – Hatyai & Hatyai – Padang Besar ada 2 waktu sahaja.
๐Ÿ•ค9.55 pg & 3.00 ptg ( waktu Malaysia )
๐Ÿ•ฃ8.55 pg & 2.00 ptg ( waktu Thailand )

Day 1 ๐Ÿš‚๐Ÿ“ฑ๐Ÿฅ˜๐Ÿก๐Ÿท
Naik train ni, 8.30 pg orang dah start beratur nak beli tiket train. Tapi kaunter tiket buka pukul 9. Kau rasaa?? dah macam kat mesir, kan? Menurut pegawai yang jaga tu, weekend memang ramai gila bak hang. lepas beli tiket, kena isi borang. Lepastu beratur. Dua kali beratur, baru boleh lepas masuk train. Kat tiket tu ada tulis no seat. So jangan risau, takkan berebut UNLESS korang datang lewat sangat n seat semua dah habis. Jangan risau lagi sekali. tetap boleh naik train tapi berdiri jela. train gerak dalam pukul 10.20 pg. sampai tepat pukul 11.00. ni train tingkap terbuka tau bukan beraircond. Barulah acah2 traveller backpackers gituu. Kah!

Incase, korang taknak naik train n nak cepat sampai. Kat station padang besar aka nada van VIP. RM 20 taksilap. Dia akan hantar terus ke hotel. Tapi kebanyakkan orang pilih naik train baru klasik gituu.. hehe

Oh kalau tak tukar duit lagi. Boleh tukar before betul2 naik train tu. Rate takpasti berapa sebab kiteorang dah tukar duit kat midvalley. hehe

SIMCARD 
Dah sampai hat yai. Pleaseeeeeee jangan tertipu kalau ada orang jual sim card harga 250 baht n dia cakap Kalau kat luar harga 290 baht. Padehal kat luar lagi murahhhhhh. Kat mana nak beli? Bila korang keluar je dari stesen kereta api tu. Takde spotcheck ke apa tau. Terus je keluar macam negara sendiri. Bila keluar tu, jalan je. Akan nampak dtec. Belilah simcard kat situ.

✔️Simcard 45 baht
1 minggu unlimited internet. 
hotpsot max 2 phone 

Internet ada 1 hari , 1 minggu n 1 bulan. Kiteorang duduk 3 hari so ambillah seminggu kan. ada mcm2 lagi pakej. ambil ikut kesesuaian anda.

Dari stesen kereta api ke hotel, kiteorg naik grab. 86 Baht

Hotel kiteorang dah beli thru booking.com 
✔️Hotel Hi Season๐Ÿ›Œ. 
Harga RM 88 untuk 1 queen bed.
  RM 104 untuk 1 queen bed + 1 single bed. 

Dah sampai hotel, biasalah check in kan biasa pukul 2. Tapi masa booking tu, teruslah cakap nak masuk pukul 11 pagi. Alaa takdehallah. Rileks2 je. tak terkejar apa2 pun. Tapi kalau korang datang 2 hari je. then korang patut fikir dan plan baik2 perjalanan korang.
Sementara tunggu yang lain sampai dengan kereta. Kiteorang mandi solat rehatkan badan.

Okay.  jom, Terus ke tempat-tempat yang menarik di Hat Yai.

Tempat yang menarik di Hat Yai



nampak macam ayam goreng biasa je kan?
tapi serious sedap





RESTORAN KAI TOD DECHA

MENARIK DI RESTORAN KAI TOD DECHA?

pelbagai jenis makanan dan semua sedap. aling sedap ayam goreng. rasanya kat semua tempat kat hatyai ni, ayam goreng dia sedap2.. gambar makanan lain takde sebab phone rosak beberapa hari lepas balik daripada hat yai. ๐Ÿ˜ญ


CHANG PUAK CAMP๐Ÿ˜


Aktiviti yang ada kat Chang Puak Camp :
๐ŸŒ  Riding elephant
๐ŸŒ  Elephant show + magic show
๐ŸŒ   ATV
๐ŸŒ   Arrow shooting
๐ŸŒ   Bananas for feeding th elephant ( 100 Baht)
⏰ Buka pukul 8 am - 5 pm
๐Ÿ’ฐ Masuk ๐Ÿ†“ kecuali aktiviti-aktiviti 

Tapi kiteorang tak naik pun gajah ke tengok elephant show. Sebab apa? Sebab dorang Seksa gajah2 ni ya Allah. Taksampai hati nak tengok gajah kena pukul kena seksa.. haihh. Mau berair mata sambil tengok show. so apa kiteorang buat? Beli pisang 100 baht. Bagi gajah makan. Tapi korang akan nampak jugak aa orang tu buat kat gajah. Aduh๐Ÿ˜ฃ





MAGIC EYE 3D MUSEUM๐ŸŽญ
⏰ Buka 9 pg - 6 ptg


Teruskan perjalanan pergi ke 3D museum. Kalau ikutkan, sebenarnya akan lalu 3D museum ni dulu. So kalau korang nak pergi. Pergilah 3D museum dulu baru pergi chang puak camp. Kiteorang tak masuk 3D museum pun sebab macam.. ermm entahlahh.. korang trylah! Dah alang-alang datang kan. ehee

SAMILA BEACH๐Ÿ‰๐Ÿˆ
Apa yang ada kat sana?
1๐ŸŒ     Mermaid Statue
2๐ŸŒ        Cat Statue

Kiteorang tak ke sana. Sebab it takes about 1 hour to go there.  So we decided to go to floating market. (akan cerita kat bawah)



KHLONG HAE FLOATING MARKET

Apa aktiviti malam? kiteorang cari tempat nak mengurut. sebab orang kata murah. memang banyak tempat mengurut. korang jalan je tengook je mana-mana yang berkenan dihati & rasa selamat.
Ni antara rate urut kat sana :

Thai massage
1 jam 350 baht
2 jam 500 baht

Oil massage
1 jam 350 baht
2 jam 700 baht

Foot massage
1 jam 200 baht

Manicure
1 jam 200 baht

Tapi, kalau korang nak orang yang boleh datang urut ke hotel korang terus ada jugak. Ni no dia.
0894620859 - AOM

Urut dia best ke tak? Sedappppp uihhh. Memang tidur lena betul malam tu.

DAY 2๐Ÿฅ˜๐Ÿ–๐Ÿด๐ŸŠ


BRUNCH DI STALL TEPI JALAN DI KIM YONG MARKET

Menarik di kim yong?
1๐ŸŒ     Kerepek2 atau kacang2 agak murah
2๐ŸŒ    Buah chestnut murah 100 baht utk ½ kg.
3๐ŸŒ     7 eleven! padehal kat mana-mana pun ada ๐Ÿคฃ

Kalau mak-mak sukalah. Tapi, kalau untuk muda-muda ni macam kurang sikit. Hehe..
 Kiteorang balik hotel, solat. Ready untuk mandi di The Pirates Park!



THE PIRATES PARK 
Apa yang menarik?
1⏰      Buka 10 pagi – 7 malam
2๐ŸŒ     400 baht/dewasa, 300 baht/kanak-kanak
3๐ŸŒ      Permainan dia macam wipe out! So kalau korang selama ni acah2 geram tengok wipe out asyik          jatuh je. nampak macam senang.. Rasalah sendiri susahnyaa nak lepas semua. HAHA
4๐ŸŒ   Toilet bersih. Ada hairdryer, ada plastic untuk letak baju basah, ada locker.  

Tips : masuk lepas pukul 5. Harga 100 Baht je seorang!! So selama 2 jam tu. Memang cukup korang nak main semua. Serius! 









 THE ASEAN NIGHT MARKET

Apa yang menarik di Asena Night Market?
1⏰    4.00 ptg – 10 mlm
2๐Ÿ“…    Buka selasa – ahad. Isnin tutup OK?
✔️  Makanan sedapppp n murah๐Ÿ‘œ
✔️   Barangan murah2, shoppinglah semahunyaa!

DAY 3๐Ÿฅ˜⛸๐Ÿฎ๐Ÿช




CHABURA DIM SUM 
๐ŸŒ  semua jenis dim sum, nasi2 pun ada
๐ŸŒ OVERRATED sebab biasa je rasa dia
⏰ 6 pg - 2 ptg





HAT YAI FESTIVAL MARKET

Sebelah asean night market je. Siapa suka shopping and saje nak tengok2 mall sini, datanglah. Best.. macam kiteorang ada jugak shopping2 sikit n main ice skating. Haha!

Apa yang menarik di Hat Yai Central Market?
·       Parking free
·       Shopping
·       Ice skating
1๐ŸŒ     300 baht/seorang
2๐ŸŒ     Sejam setengah
3๐ŸŒ    tapi kalau 5 ke atas dapat diskaun. 180 baht sekali accessories n kasut.




Antara restoran yang sedap n kiteorang try :
1.       Kai tod decha
makan kat sini macam makan restoran thai kat Malaysia. Ada tomyam, sayur, ikan stim kea pa. sama je. tapi tempat je berbeza. Mahal sikit tapi worth trying especially ayam goreng dia. Pergh. Rindu rinduan.
2.       Khloang hae Floating market
Orang berjual2atas sampan. Untuk dapatkan kenangan. Ya boleh! Tapi untuk dapatkan makanan yang sedap. Erm macam kurang sikit. Tapi, korang kena beli air yang dalam labu sayung yang ada bentuk hello kitty, doraemon, ultramen, macam-macam lagi. 20-30 baht je. rare lah kan? Barang kat sini pun murah. So kalau nak shopping. Silakan. Ada macam uptown jugak. So oklah. Kalau suka apa2. Terus beli je ok? Kat sini harga boleh tahan n boleh minta kurang. No worries.
3.       Chabura dim sum
Overrated tapi worth trying especially nasi goreng ke pad thai ke. Memang sedap!! Dim sum biasa-biasa je. satu bekas dalam 150 baht. Kalau yang besar 180 baht.
4.    STALL kat kim yong market
Tepi-tepi jalan je. tasty but quite pricey untuk warung-warung kecil. Harga nasi gomok + ayam 850 baht.
5.       7 eleven
Bukan macam Malaysia. Harga lagi murah daripada kedai-kedai runcit. N macam-macam ada!! Tapi beware. Ada produk yang asaskan khinzir. Pleaseeee, cari halal dulu sebelum beli. I recommended mocha kat all cafes dalam 7e. serious sedap + murah.
Korang boleh plan trip korang ni seawal yang mungkin atau kat sana baru korang adjust ikut masa n tempat yang korang nak pergi. As for us. Takbanyak tempaat yang kiteorang pergi. Macam temple-temple. Kiteorang lebih memilih untuk melihat kelainan di Hat Yai berbanding melihat apa-apa yang berkaitan dengan patung n so on. Plan wisely, sebabs elalunya orang datang 2 hari macam tu jee.

Setakat 3 hari yang kiteorang pergi. Beberapa tempat yang kiteroang suka n teringat2 sampai sekarang.

๐ŸŽˆ     The pirates park
๐ŸŽˆ      Asean night market
๐ŸŽˆ    Hat yai Central Festival
๐ŸŽˆ   Floating market

Balik? Kiteorang naik kereta je. sebab tertinggal train. Please. Kalau naik train make sure korang tunggu train bukan  main redah je. sebab train dari hat-yai to padang besar punctual pukul 2.00 petang. Pagi tak sure. Maybe pukul 8 pagi. hehe

Oklah tu je. semoga dapatlah sesuatu yang bermanfaat untuk trip korang.

till next time.. Bye, Assalamualaikum..



Tuesday, November 7, 2017

Update blog baru

hi! and assalamualaikum..

hampir 5 tahun tak update. dah habis belajar ni. kita updatelah selalu, kan? tolonglah jangan hipokrit sangat nazira hahahaha. entah apa-apa bila baca blog yang lama. jumud namateyyyyy..

so, lepas ni kita akan update selalu. maybe pasal motivation, travel & apa2 yang rasa cam best untuk dikongsi. 

okay, bye for now!